Wednesday, October 28, 2009

siapa sahabat terbaikku???

Kadang-kadang kita mengeluh kerana kehidupan kita, memang ada suka..ada yang duka, tapi tu fitrah insan sebagai khalifah di dunia ni...kena terima..sama juga walau apa lapisan masyarakat pun akan berkata demikian..
Percaya lah...dengan adanya rintangan ni, kita boleh belajar sesuatu yang baru, menerima teguran dengan hati yang terbuka,,,,
kadang2 hati berbisik,, sebenarnya tiada siapa yang tahu apa sebenarnya dalam hati kita melainkan kita sendiri..kekuatan diri kita, kita yang tahu kemampuan kita..
Ritma hidup ni belum cukup untuk memberikan pengajaran utk kita...percayalah suatu masa kita akan pernah menerima sesuatu yang terlalu mengembirakan dan suatu kepahitan yang melampau..
menyentuh tentang kehidupan..huhuhu,,banyak perkara yang telah aku lalui selama 25tahun lahir di dunia sebagai khalifah Allah..namun semua tu aku lalui dengan senyuman dan tangisan di muka bumi..Syukurlah ada teman dan keluarga yang menyayangi..Alhamdulillah...coz aku masih punyai family yang cukup2 memahami dan sahabat2 yang terbaik disisi..
cuma menyentuh tentang sahabat...
......banyak perkara yang mengajar akau tentang menghargai sahabat dan menjauhkan diri dari sahabat..
terluka kerana seorang sahabat pun pernah,,rasa kesal dalam hati kerana mempercayai sahabat yang ku sangka boleh mempercayai aku..fitnah dan hasad dengki  beraja di hati..tapi hati tetap di tabahkan..kehidupan kena sentiasa terus, buat apa kita ambil hati dengan sahabat yang ada begitu...masih ramai lagi sahabat2 yang ada di luar..yang terbaik, yang sentiasa menyokong..
Syukur lah...kerana kehidupan ini masih terus dan Allah sentiasa bersamaku...Tidak semua benda dalam dunia ni kita boleh share..dan Alhamdulillah..ayahanda, bonda,kakak2ku, abang, adik tulah sahabat terbaikku..dan tidak di lupakan insan yang istimewa yang sentiasa bersama mendorong kehidupanku...juga rakan2 yang ada di sisi..selalu menemani walau apa halangan pun..trima'sss..


Sahabat
Adalah hati yang hangat

Sehangat kopi susu buatan ibu
Menyejukkan mulut dan rasa

Tanpa musti bergelora

Sahabat
Jalannya tak berjejak
Tak pula berpeluh keringat
Namun memberi semangat

Sahabat bukanlah cinta sejuta rasa
Bukan pula bara api rindu di dada

Hanya seuntai benang sutera
Yang cukup erat mengikat
Nurani yang jahat

Sahabat adalah serumput kata yang sejuk
Sesejuk embun di pelupuk mata
Yang menidurkan jiwa
Tanpa berjuta aksara

Sahabat
Mungkinkah engkau menjadi sang juru penyelamat?
atas anggur cinta yang memabukan
Atau istana suka yang mengilusikan
Atau tsunami duka yang menenggelamkan

Saturday, October 24, 2009

Kesayangan hidupku...

Kehidupan sememangnya tidak lari dari pelbagai rintangan yang kita lalui,walaupapun hidup mesti diteruskan. Walaupun terima pelbagai cabaran fizikal & mental.
Hari ni, aku berdiri di sini hasil segala titik peluh ku selama 20 lebih tahun bergelumang dengan usaha, syukurlah apa yang aku inginkan sebenarnya dapat dikecapi walaupun bukan cita2 sebenar, Alhamdulillah...aku meneruskan kehidupan sebagai seorang muallim,muddaris,muadib kini. Seperti ayah yang dulu pernah menjadi seorang guru..mmm menyentuh tentang ayah~ he very special, sangat2 beruntung punyai parents yang terlalu menyokong segala kebaikan untuk anaknya, sampai sekarang dia lah idolaku dalam bidang pendidikan, mungkin atas berkat doanya dan usahaku..aku tetap disini sekarang..Mudah2n..Aminn..
Waktu menggenggam kejayaan masih ada orang mempertikaikan kemampuanku, memang sakit hati sebab ni usaha ita bukan dari orang lain, mcm2 pgalaman yg dilalui bergelar sebagai seorang pelajar dari skolah rendah-universiti sampailah bergelar seorang guru sememangnya masih lagi banyak yang perlu di lalui..sakit ati..memaglah tapi kesabaran itu yang penting.
2nd~my mum...idola yang terbaik dlm hidup, manglah lumrah ibu wlupun membebel sakit telinga tapi ada kebaikannya, dialah teman dan dialah sahabat. aku tau pa dalam hati ibu sebenarnya..cuma kdg2 kita yang tidak memahaminya, benarlah mcm lirik lagu ct.."aku hanya menduga tidak mampu merasa sebenar2 perasaan ibu"..cuma satu yang perlu kita ingat mungkin sekarang kita masih mempertikaikan kasih sayang mereka, tapi bila mereka suda tiada..kita akan terlalu merasainya...
Apa2 pun setiap hari aku berdoa mudah2n keberkatan n perjalanan hidup ayah n bonda selalu gembira, jadi pa yang aku patut lakukan sekarang dengan kejayaan yg aku dapati, aku mahu membahagiakan mereka, pa kemahuan mereka aku turuti sebab aku tau aku akan kehilangan mereka suatu ari nanti cuma impian hati yang tulus yang belum tercapai sekarang adalah untuk berada disamping mereka berdua setiap hari...hati merintih setiap hari berjauhan, hati menangis merindui,  12 tahun sering berjauhan..apa salahnya berikan masa untuk aku bersama mereka setiap hari meniti hari2 yang semakin dekat..mudah2n dipanjangkan umur..AMIN..
3rd~my sibilings...abang, kakak, dan adik lelaki..kekuatan diri masih bersama walau apa yang terjadi, walaupun macam2 rintangan dan perkara yang kami lalui tapi benarlah  ..."air dicincang x kan putus" kekuatan talian kasih sayang antara satu sama lain masih kuat dalam hati n pegangan..
Bro Udin~ my first broth,,seorang yg  kuat politik hehehe (jan marah kio), kuat bg pendapat apa2 saja tentang rasionalnya hidup n then dia ni motivator tuk adiknya, hepi go lucky n slumberr jerr hehe..jan marah aa bro kikih..
Sist Ugou ~ mm ni pun lebey kurang juga politiknya hahaha...dua2 di atas ni mang kaki politik huahahaha..kdg2 kawan bertengkar juga tapi kejap ja sejuk..tp i salute lau masak memasak, semua sedappp hehe..my guru memasak ni
Sist Mimie ~ my kamceng hehe..jauh duduk d kelantan, pa2 pun boleh share ngan dia, bercita2 tinggi, mahukan yang terbaik tuk adik2, dia ni adik beradik yang jauh dr kami d sabah huhu rindu gak la hehe..
Bro Syam~ my younger bro, kaki game, kaki komputer, kaki music, orang kan kenal dia diam2 tpi diam2ubi berisi hehe,, dialah yang paling bungsu kesayangan mama huhu jeles nih hehe..seorang yg dimanja dlm family..:)
Me?? ~ tiada apa yang menarik,,seorang insan biasa yang selalu berimpian,yang x pernah putus asa mahu mencapai segala2nya...yang selalu ada kasih sayang pada keluarga, selalu inginkan kedamaian, ketenangan..yang selalu mahu ditemani dengan kasih sayang keluarga, sahabat, orang yang disayangi..mungkin hanya orang yang benar2 mengenaliku saja yang tahu sapa aku sebenarnya..
Apa2 pun,, yang penting..perlu diingat..
## Family is our life..
## kekuatan diri kita bermula dari kasih sayang..
## jangan terlalu ambil kisah pada orang yang memporak porandakan kasih sayang kita..
## hidup perlukan perjuangan, dan perjuangan itu yang membuatkan kita kuat dalam menenpuh apa juga halangan..

aku ingin menjadi pelukis pelangi di awan..
aku ingin melakar awan  dilangit
aku ingin terbang menyusuri setiap bintang & bulan
aku ingin menyapa setiap saat bayu di pesisir laut
tapi aku tak termampu..
ku hanya mampu menikmati dan bersyukur dibawah kurniaanMu..