"MANUSIA"...x lari dari penyesalan yang berpanjangan..cuma mereka tidak tahu apa ertinya hikmah disebalik yang diberikanNya kepada kita. Sungguh2 menafikan keterbatasan diri atas semua yang berlaku..huhu..dan dulu diri ini juga begitu, tidak dapat menerima sesuatu yang sukar untuk kita hadapi..(^.^)..Rupa-rupanya inilah hikmah disebalik apa yang Tuhan berikan padaku, jauh dengan keluarga, bertugas jauh dari tempat sendiri, tapi atas dasar kekuatan diri dan keyakinan serta semangat ku pegang semua nasihat ayahanda & bonda, juga family yang tersayang...
hampir 12 tahun belajar jauh dari keluarga, kalau orang lain belajar duduk sekali dengan family but i'm not like that..untunglah bagi mereka2 yang setiap hari bersama family..tapi semua tu bukan penghalang untuk aku berusaha mengenggam segulung ijazah yang diidam2kan oleh keluarga tercinta, bertungkus lumus memberikan yang terbaik untukku..
"dulu aku mengeluh kini kurang dah mengeluh (huhuhu..makin sikit la bukan cam dulu2)"
"dulu aku tidak menghargai kini aku semakin menghargai"
"dulu aku rasa dibiarkan kini aku semakin dihargai"
"dulu aku rasa kekurangan kini aku rasa melimpah ruah"
Syukur pada yang Esa atas limpahan kurniaanNya dan Rahmat yang diberikan..
atas segala yang berlaku..yang tidak dapat diterima..kini..ku tahu..rupa-rupanya inilah hikmahnya...
~ ku punyai family yang memahami, menyayangi,menyokongku sampai akhir hayatku
~ku punyai seorang teman yang boleh berkongsi pahit manis dalam hidup, tempat meluahkan rasa,memahamiku,menyayangiku..
~ku punyai rakan2 dan sahabat yang begitu kuat menyokong dan sentiasa bersama walau bekerja atau susah/sedih dan gembira..
~ ku punyai anak2 didik yang InsyaAllah mendoakan dan menerima ilmu yang bermanfaat untuk aku jadikan bekalan di hari mendatang kelak.
Namun apa yang penting..
Ku sudah punyai hati yang lembut untuk menyayangi makhluk2 ciptaan Tuhan, mengasihi makhluk sekecil semut, menghargai segala pemberian Tuhan, merindui & mendoakan kesejahteraan ayah n bonda tercinta, mengucap syukur pada yang Esa, memberikan yang terbaik dalam kehidupan..berasa ihsan pada yang susah, menyedari atas segala kesusahan dan menyayangi insan2 yang ada di sekelilingku...walaupun rasa hati itu tidak sebesar nikmat tuhan dan tidak dilihat oleh hamba Allah tapi syukurlah kita masih menyedari dimana asal usul kita...
Rupa2nya inilah hikmah disebalik semua apa yang aku terima..Thank You God..Bless Me Every moment..
jangan pernah engkau berdiam diri
saat kau melihat aku terlupa
jangan pernah kau biarkan aku
terperuk dalam kegelapan malam
aku bukanlah manusia sempurna
yang tidak pernah berbuat salah
aku hanya manusia biasa
yang tidak pernah luput dari kesalahan
kerana engkau adalah malaikat kecilku
yang menjagaku dari kekhilafan
kerana engkau adalah pelita kecilku
yang terangkanku dari kegelapan
maka damaikanku ketika aku murka
pegang erat aku ketika aku terlarut dalam sepi
berikan cahayamu ketika aku dalam gelap
dan tertawalah bersamaku ketika aku gembira

