Wednesday, October 28, 2009

siapa sahabat terbaikku???

Kadang-kadang kita mengeluh kerana kehidupan kita, memang ada suka..ada yang duka, tapi tu fitrah insan sebagai khalifah di dunia ni...kena terima..sama juga walau apa lapisan masyarakat pun akan berkata demikian..
Percaya lah...dengan adanya rintangan ni, kita boleh belajar sesuatu yang baru, menerima teguran dengan hati yang terbuka,,,,
kadang2 hati berbisik,, sebenarnya tiada siapa yang tahu apa sebenarnya dalam hati kita melainkan kita sendiri..kekuatan diri kita, kita yang tahu kemampuan kita..
Ritma hidup ni belum cukup untuk memberikan pengajaran utk kita...percayalah suatu masa kita akan pernah menerima sesuatu yang terlalu mengembirakan dan suatu kepahitan yang melampau..
menyentuh tentang kehidupan..huhuhu,,banyak perkara yang telah aku lalui selama 25tahun lahir di dunia sebagai khalifah Allah..namun semua tu aku lalui dengan senyuman dan tangisan di muka bumi..Syukurlah ada teman dan keluarga yang menyayangi..Alhamdulillah...coz aku masih punyai family yang cukup2 memahami dan sahabat2 yang terbaik disisi..
cuma menyentuh tentang sahabat...
......banyak perkara yang mengajar akau tentang menghargai sahabat dan menjauhkan diri dari sahabat..
terluka kerana seorang sahabat pun pernah,,rasa kesal dalam hati kerana mempercayai sahabat yang ku sangka boleh mempercayai aku..fitnah dan hasad dengki  beraja di hati..tapi hati tetap di tabahkan..kehidupan kena sentiasa terus, buat apa kita ambil hati dengan sahabat yang ada begitu...masih ramai lagi sahabat2 yang ada di luar..yang terbaik, yang sentiasa menyokong..
Syukur lah...kerana kehidupan ini masih terus dan Allah sentiasa bersamaku...Tidak semua benda dalam dunia ni kita boleh share..dan Alhamdulillah..ayahanda, bonda,kakak2ku, abang, adik tulah sahabat terbaikku..dan tidak di lupakan insan yang istimewa yang sentiasa bersama mendorong kehidupanku...juga rakan2 yang ada di sisi..selalu menemani walau apa halangan pun..trima'sss..


Sahabat
Adalah hati yang hangat

Sehangat kopi susu buatan ibu
Menyejukkan mulut dan rasa

Tanpa musti bergelora

Sahabat
Jalannya tak berjejak
Tak pula berpeluh keringat
Namun memberi semangat

Sahabat bukanlah cinta sejuta rasa
Bukan pula bara api rindu di dada

Hanya seuntai benang sutera
Yang cukup erat mengikat
Nurani yang jahat

Sahabat adalah serumput kata yang sejuk
Sesejuk embun di pelupuk mata
Yang menidurkan jiwa
Tanpa berjuta aksara

Sahabat
Mungkinkah engkau menjadi sang juru penyelamat?
atas anggur cinta yang memabukan
Atau istana suka yang mengilusikan
Atau tsunami duka yang menenggelamkan