Monday, November 16, 2009

semalam adalah kenangan..

semalam...
banyak yang berlaku yang sentiasa mengubah kita berfikir ke suatu jalan yang lebih baik dari hari ini..
kejujuran adalah tongkat untuk terus berjaya daalam apa jua yang aku lakukan..
mungkin, masih ramai yang memandang rendah pada kebolehanku, tapi bukan itu yang menghalang aku untuk mencatatkan memori kejayaanku walau sampai ke tahap manapun..


aku banyak belajar dari apa yang berlaku semalam..
kenyataan yang telah berlalu takkan dapat kita ubah melainkan kita bersungguh ke arah itu..percayalah yang kita mampu melakukan yang terbaik dari semalam..
Rahsia kekuatan diri berpunca dari sikap kita sendiri.."JADILAH DIRI SENDIRI" itu yang paling penting

bagiku..harta kekayaan bukanlah kejayaan yang kita patut kecapi tetapi kejujuran, ketabahan hati, keyakinan, amanah pada tugas, menyayangi makhluk2 didunia ini..menghormati sesama insan..ketenangan jiwaa, kesungguhan, kebaikan, ketaatan padaNya itu yang patut kita kecapi, tapi sekarang semua tu hanya bahan tertawa bagi insan2 yang tidak pandai memotivasikan diri, menganggap semua itu hanyalah keangkuhan bila seseorang berbuat baik..dunia..dunia..

apa2 pun..semua tu terpulang pada insan untuk menilai dan mencari sejauh mana diri kita mampu berbuat semua itu..

Wahai Insan..
Pernahkah kita terfikir???.....
~ kita ni sudah banyakkah berbuat baik pada manusia?
~ ada tak 1 hari kita ni tutup mulut untuk mengata pada makhluk lain..
~ pernahkah terfikir yang binatang sebagai makhluk Tuhan itu lagi yang sentiasa berzikir pada Tuhan setiap hari..?
~ kita akan mencari ketenangan jiwa supaya tidak bermusuhan pada manusia lain??

apa yang ku rasa sekarang??

- rasa tenang melihat orang bermanis muka pada kita.
- rasa tersentuh dengan sikap manusia yang suka menabur fitnah..apa diri kita ni sudah sempurna??
-terfikir...di mana sebenarnya jiwa2 mereka pergi? dimana sebenarnya hala tuju diri? ke mana hilangnya jati diri..sedangkan diri kita yang tidak sempurna ni pun kita tidak boleh tutup kesempurnaan itu dengan cepat..
teringat akan sesuatu hadis:
" tidak sempurna iman seseorang itu jika dia tidak mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri"

Tuesday, November 3, 2009

Rupa-rupanya inilah Hikmahnya..

"MANUSIA"...x lari dari penyesalan yang berpanjangan..cuma mereka tidak tahu apa ertinya hikmah disebalik yang diberikanNya kepada kita. Sungguh2 menafikan keterbatasan diri atas semua yang berlaku..huhu..dan dulu diri ini juga begitu, tidak dapat menerima sesuatu yang sukar untuk kita hadapi..(^.^)..
Rupa-rupanya inilah hikmah disebalik apa yang Tuhan berikan padaku, jauh dengan keluarga, bertugas jauh dari tempat sendiri,  tapi atas dasar kekuatan diri dan keyakinan serta semangat ku pegang semua nasihat ayahanda & bonda, juga family yang tersayang...
hampir 12 tahun belajar jauh dari keluarga, kalau orang lain belajar duduk sekali dengan family but i'm not like that..untunglah bagi mereka2 yang setiap hari bersama family..tapi semua tu bukan penghalang untuk aku berusaha mengenggam segulung ijazah yang diidam2kan oleh keluarga tercinta, bertungkus lumus memberikan yang terbaik untukku..
"dulu aku mengeluh kini kurang dah mengeluh (huhuhu..makin sikit la bukan cam dulu2)"
"dulu aku tidak menghargai kini aku semakin menghargai"
"dulu aku rasa dibiarkan kini aku semakin dihargai"
"dulu aku rasa kekurangan kini aku rasa melimpah ruah"
Syukur pada yang Esa atas limpahan kurniaanNya dan Rahmat yang diberikan..

atas segala yang berlaku..yang tidak dapat diterima..kini..ku tahu..
rupa-rupanya inilah hikmahnya...
~ ku punyai family yang memahami, menyayangi,menyokongku sampai akhir hayatku
~ku punyai seorang teman yang boleh berkongsi pahit manis dalam hidup, tempat meluahkan rasa,memahamiku,menyayangiku..
~ku punyai rakan2 dan sahabat yang begitu kuat menyokong dan sentiasa bersama walau bekerja atau susah/sedih dan gembira..
~ ku punyai anak2 didik yang InsyaAllah mendoakan dan menerima ilmu yang bermanfaat untuk aku jadikan bekalan di hari mendatang kelak.

Namun apa yang penting..

Ku sudah punyai hati yang lembut untuk menyayangi makhluk2 ciptaan Tuhan, mengasihi makhluk sekecil semut, menghargai segala pemberian Tuhan, merindui & mendoakan kesejahteraan ayah n bonda tercinta, mengucap syukur pada yang Esa, memberikan yang terbaik dalam kehidupan..berasa ihsan pada yang susah, menyedari atas segala kesusahan dan menyayangi insan2 yang ada di sekelilingku...walaupun rasa hati itu tidak sebesar nikmat tuhan dan tidak dilihat oleh hamba Allah tapi syukurlah kita masih menyedari dimana asal usul kita...

Rupa2nya inilah hikmah disebalik semua apa yang aku terima..Thank You God..Bless Me Every moment..

jangan pernah engkau berdiam diri
saat kau melihat aku terlupa
jangan pernah kau biarkan aku
terperuk dalam kegelapan malam



aku bukanlah manusia sempurna
yang tidak pernah berbuat salah
aku hanya manusia biasa
yang tidak pernah luput dari kesalahan




kerana engkau adalah malaikat kecilku
yang menjagaku dari kekhilafan
kerana engkau adalah pelita kecilku
yang terangkanku dari kegelapan

maka damaikanku ketika aku murka
pegang erat aku ketika aku terlarut dalam sepi
berikan cahayamu ketika aku dalam gelap
dan tertawalah bersamaku ketika aku gembira