Friday, December 4, 2009

Ya Rabbi..Tolonglah hambaMu ini.....

Hari Jumaat...hari kebesaran umat Islam hari yang penuh dengan keberkatan dan kebahagiaan...cuma segelintir manusia yang tidak tahu menilai sejauh mana besarnya nikmat yang diberikan oleh Tuhan kepada  Hambanya...

Kenapa hati sejak akhir2 ni asyik tak keruan memikirkan sesuatu yang merisaukan??? apa sudah lemah kekuatan hati untuk menghadapi semua ujian dariNYA...kadang2 aku berfikir, kenapa terlalu kejam sangat orang2 disekeliling mahu membuatkan aku tidak bahagia? apa salah aku dengan mereka2? tidak pernah sikit pun aku menganggu dan malah tidak pernah mengenali mereka2...apa sebenarnya yang mereka mahukan? apa puas hatikah dengan apa yang mereka lakukan? rasa diri terlalu teraniya dengan sikap manusia yang bertopengkan binatang!!! menghancurkan semua kebahagiaan diri..

Tapi hati masih lagi kuat...kuat untuk menghadapi semua ini...semalam satu pengajaran dari cerita "nur kasih"..first time tgk ceta ni..Alhamdulillah byk pengajaran yang dpt dipelajari...betullah...

" kesilapan yang lalu boleh kita perbaiki bukan saja bertaubat denganNYA tapi dengan mengasihi orang lain, berbuat baik dengan orang lain..dan makhluk lain..apa2 saja perbuatan yang kita lakukan mengikut hawa nafsu, yang boleh mendatangkan dosa yang paling besar kita boleh tutupi dengan keinsafan dan mengakui kelemahan diri"

" Allah melapangkan taubat untuk hambanya pada malam hari untuk kesalahan yang kita lakukan pada siang hari, dan Allah melapangkan taubatnya untuk hambanya pada siang hari untuk segala kesilapan yang kita lakukan pada malam hari""

setiap kata2 adalah doa, setiap doa andaikata ia ikhlas di ucap Insyaallah makbul..bukan mahu mendoakan kesengsaraan orang lain tapi biarlah dia rasa pa yang pernah dia lakukan pada orang lain...mudah2n tidak ada ketenangan jiwa untuk mereka yang berfikiran sempit dan suka melihat kesengsaraan orang lain..AMIN...
bukan tidak pernah unuk diberikan kemaafan, bukan tidak ikhlas kemaafan tu tapi bila untuk yang kesekian kali kita semakin dipijak dengan keegohan..kesabaran pun terbakar...mudah2n dia mendapat sesuatu yang lebih pedih dari apa yang aku terima...
Ya Allah..ampunkan segala dosa dan segala apa salah dan silapku..semoga doa2 orng yang teraniya akan termakbul.." AMIN..... Wallahu'alam...

1 comment:

  1. Berani kerana Benar..
    Tabahkan hati..
    Banyakkan bersabar..
    Allah maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

    ReplyDelete